Assalammualaikum
untuk cik2 sekalian,yang mungkin takkan baca post ni .
Cik2,
saya ada satu perkara nak diluah.Sudi-sudikan pinjamkan mata untuk membaca
Cik2 pernah kan lalu zaman tingkatan 1,2,3 dan 4 ? pernah kan rasa jadi junior ? Maka,dapat saya simpulkan bahawa cik2 sekalian faham benar macam mana jadi junior yang tahu hak untuknya ada . Cik2 ada sign kontrak bila mana pegang title paling paling paling senior,maka setiap satu yang ada dalam sekolah,dari hanya sebatang marker hingga lah segala sesuatu yang paling penting kat sekolah menjadi hak milik cik2 secara rasminya ? kalau ada,buktikan .
Cik2,
Saya cuma nak ingatkan sesuatu . Cik2 kurang sesuatu . Sesuatu yang perlu ada dalam diri yang namanya manusia . Kalau tader,rasanya tak layak dipanggil manusia . apa ? ADAB. adab jaga cik2, jaga . Kami faham,itu memang tempat cik2 sekalian kongsi cerita,makan sama atau apa2 aje la yang cik2 buat . Tapi,tak bole ke cakap elok-elok ? luak ke cakap sopan ? Tanggal 1 gigi ke kalau cakap elok-elok ? Cik2 tua mana pun,tapi adab pun cik2 tak reti jaga,jangan haraplah kami yang muda-muda nak hormat ,. Kami masing-masing manusia . ada ego . ini caranya . Kalau cik2 mintakkan hormat dari kami,tunjuk dulu adab cik2.jadikan contoh kepada kami.
Adakah cik2 sebenarnya ingin membalas dendam akibat ditindas oleh senior-senior terdahulu hingga mengakibatkan cik2 jadi begitu lalu mengambil keputusan utk bertindak begitu ? setahun dua lagi,kami ----adik2 ni pulak yang akan jadi senior . Bayangkan kami buat benda yang sama mcm cik2 buat pada kami kepada adik2 cik2 . Melenting tak ?
Fikir cik2,
akal yang ada di kepala,jgn ditapakkakikan.
Ini masa cik2 bersenang gembira menari-nari kat atas .
Esok,cik2 sambung belajar
lalu menjadi yg terrmuda
nah,
cik2 akan rasa semula
bagaimana rasa apabila terhalang haknya
saya,faham , cik2 terlupa macam mana rasanya.
takpe,nanti2 cik2 rasa semula . tunggu ya !!
Friday, October 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment